Friday, December 31, 2010

mengapa wanita memerlukan lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

sedar.

dear myself,

perlu sedar dan bangkit semula untuk meneruskan tahun 2011! (:
it'll going harder. well, i guess.
first year of degree.you can do it!come on, of course you can.
just believe yourself.
i've to start on here now.
please heart, be confident.
i know you can go through all this.
trust myself.and starts forget about the ridiculous things.
things that won't be happen again.things that make i can't understand you even you're my closest friend ever.
i'm sorry for the past thing that happened between us.i can't understand you, as my buddy.
i'm really sorry.
hope that everything just gonna be fine soon.
and i hope, i'll success in my study.
soon...i'm gonna be a teacher..if Allah's willing (:




HAPPY NEW YEAR!



goodbye 2010, hello 2011 (;

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

takziah..

takziah buat syazwan and his family.
sy tahu tahu dia akan tabah hadapi semua ini.
even sangat susah. kehilangan seorang ayah, memang susah.
sy tahu kalau sy di tempat dia skrg, sy mungkin tak mampu nak hadapi semua tu.
tapi...ajal maut manusia semua dah ditetapkan oleh takdir Allah, kan?
kita sebagai manusia yang serba kekurangan ni, hanya mampu menerima takdir dan kuasaNYA.
Allah juga sntiasa menguji hamba2NYA. maknanya itu bukan msalah tapi..!Allah nak kita manusia ni selalu ingatkan DIA.
Tuhan yang Maha Esa yang selalu ada dan sentiasa mendengar doa hamba2NYA. (:

syazwan, Allah lebih sayangkan arwah. semoga kamu tabah hadapi semua ini.
banyak sedekahkan yasiin & al-fatihah buat arwah.
if u need someone to share, u know i'm here for u beb.
be strong..



al-fatihah buat arwah ayahnya~
*ohh ya!sy tak pernah nampak kekurangan dirinya di mata sy.tapi,sy hanya nampak kebaikan dan kejujuran dalam diri dia.he just be himself.* :D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Wednesday, December 29, 2010

sekilas...

'Dalam menjalinkan sesebuah hubungan, cinta bukanlah satu-satunya hal yang perlu difikirkan. Paling penting adalah kerelaan dari kedua-dua pihak untuk memadam ego masing-masing dan mula melihat pasangan bukan sebagai orang lain tetapi juga sebahagian dari diri dan hidup sendiri. Tanpa semua ini akan sering terjadilah pergolakan yang berakhir dengan perpisahan. Perlu diingatkan juga apabila anda telah memutuskan untuk bersama dan dekat dengan seseorang, maka sebolehnya perlu membina peribadi yang menyenangkan, hormati dan hargai keinginan serta cita-citanya. Sesekali romantislah, meskipun memang tidak semua orang memiliki sikap romantis yang dominan tetapi percayalah, setiap pasangan boleh menciptakan suasana romantis sendiri'



"We do not find the meaning of life by ourselves alone— we find it with another."
Thomas Merton


"When you are in love you can't fall asleep because reality is better than your dreams".
Dr. Seuss

aku dok buat jiwang terlebih pulak.memang tak boleh blah!
tapi petikan kat atas tu ada betulnya jugak.nilai la sendiri ye,kalau rasa perlu ke semua ini?? *eh2, perlulah!eventhough i'm still single, experience taught me alot!*

muahmuah~tata


If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

cukup.

first of all, i would like to congrats Malaysia's team!
yeayyy!Malaysia menang woi.heee
even Irfan cakap Malaysia kalah sbenarnya.Malaysia tak boleh menang bila main kat Indonesia.
*aku mcm...hello??dah menang laa, bermaruah okayy?*
suka sangat, alhamdulillah.well done Malaysia ! (:

cuti!
dalam sedar tak sedar, cuti pun dah nak habis.
result pun dah tahu.naik sikit laa.alhamdulillah lagiii (;
dapat sambung dgree next year.
and bermulalah cabaran baru lagi ye kawan2.gonna face all of it together! :D
what's more?hmmm..
ohh ya!bilik pun dah tahu.bukan aku, budak2 tesl dah tahu.
yang penting, still blok yang sama.. *actually, i'm really glad*
so, jumpa buka next sem nanti ye.cabaran akan bermula!
hee

hati!
enjoy every moment holiday nii.gila malas kan.aku bukan buat pa pun.
buat terok lagi ada.hahaha. *lantak gua la*
hati aku?hmm..
entah.aku faham situasi dia.memang betul apa yang dia cakap.
better macam ni sudahh.
tapiii...tapiii...aku takut lah.takut dia dengan orang lain nanti macam mana?
ohh!puh-lease!how i'm gonna accept that huh?
eh2, aku ada taip takut kaa?bukan takut actually tapi kecenderungan ke arah cemburu.aha!that's it!
cemburulah sebab sayang.sayang ke?sayang sangat kot..?ehem3!
i just want he always here with me, just like before.
aku boleh ja kawan dengan dia. tapi , tapi...aku tak mau sapa pun dapat dia.
boleh takk macam tuuu?
*hang dok buat melampau apa nora oii?bukan laki hang pun.buat gilaaa!hahaha*
and, and...aku rindu diaa! tahu apa?
i just wanna close my eyes and....TADAAAA!he's in front of me now! *clap clap buuu*
insane?ohh yess! aku memang macam ni, dok berangan lebih padahal habuk pun tadak.
eh tapi bab2 lain aku okayy jaa. *i'm proud of myself, indeed*
aku try nak accept yang dia bukan aku punya dah.okaaayyy, sangatlah yakin yang aku boleh lupa dia.
gila silap bhai!hahaha.serves me right. ;(





*silap aku ka bila terlebih sayang kat best friend sendiri?aduyaiii...nak tampaq2 pipi kiri kanan ni.tak sukaaaa....ngekkk!*



muahmuah! tata

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Saturday, December 25, 2010

mata rabun..?

kesian blog ni sebab owner dia memang MALAS sangat nak amik tahu hal blognya ini.
*clap clap buuu! for me yaa?okayy, thanks for that*
esok kena pegi queensbay nak beli contact lens!aha!and of course aktiviti menonton movie perlu adaa.. (:
ingat nak ajak mufy tapi dia busy.class pun dah start so tak apa.adik aku lah jadi mangsa teman aku,kan?
*buat mcam tak biasa!*
plan nak jumpa puteri nurnabila kuh!omg!rindu sangat diaaa. >.<



berupdate pasal contact lens nii.semenjak dok pakai binatang ni, duit aku pun cepaaaaattt sangat terbang melayang tahu?hahaha.
well, gatai nak pakai.sapa suro?hg bayaq la sendiri.tu pun tak reti lagi?
aku nak bajet pun tak reti.hahaha
dekat sekolah dulu bodo2 ja pakai cermin mata.ehh?bodo kaa?taklah!sweet sgt!
*aku nak korek telinga sat.hakktuuiihh!*
dulu time first nak pakai contact lens,..?wahhhh!!
gila merana!gila pedih woiii!
tapi sekarang, kalau keluaq jaa, mesti pakai.terbaik kann?
ikut time jugak laa, malam2 malas pakai.kes apa?kes tak perlu pakai dok buat terok tara mana aih!
memang dulu aku dok berangan pakai contact lens pun.
tengok kawan2 aku dok pakai.terdetik kat hati nii..
'uissh~lawanya mata dia ...nak pakai jugak!hmm..bila la aku nak pakai pulak'
nasib la mata aku ni rabun. *gilaa kaa?mata rabun tak elok tau?*
so 1 day pegi b.j..mula2 mama nak tukar spek mata dia.
then saja gatai2 tanya mama, boleh tak nak try contact lens?mama pun okay jaa..
aku pun macam.....eh2?biaq btoi??hahaha!
memang excited la nak pakai kan
and sekarang adik aku pun dah mula gedik pakai and adik aku yang going to f4 tu pun dah pandai2 nak pakai lens nii.
aku dulu pun tak dapat tauu.aku nak mintak?haaa, maunya penampaq kat muka.
result pun tak tara mana nak pakai contact lens plak?hahaha *padan muka*

so conclusion, jagalah mata anda ye!sangat penting.kalau dah rabun ni, macam aku.
asal kat mana ja pakai spek.kena bawak jugak.
takot dari jaoh org tunjuk penumbuk, aku dok nampak dia hye2 bye2 kat aku plak!




*28hb ni penang no water supplies tau?sedih kan?sedih la sgttt.susah laa.so, abah bagi cadangan kitorang pegi mandi2 and melancong kat bukit merah yawww!kami adik beradik pun keseronokan!hee*


muahmuah~ tata






If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Monday, December 20, 2010

be alone..

i'm just okay with myself..learn to be alone with my family and my lovely friends
that's it! :D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Wednesday, December 8, 2010

STATUS ?

status aku?
single lah ! (:
aku suka cara kawan aku ni.omg!dia memang tau aku ni macam mana.
memang dia sangatttt baikk (;
*yeay2!i'm lovin' it!*
bak kata si S, " kalau ada jodoh, ada laa.. :-) "

berlainan pulak dengan kawan aku yang aku pun tak berapa kenal sangat.
jumpa pun sekali ja k ?
hmmm
semalam 'f' bukan nama sebenar called aku.
what the fish la weyh ?
bukan tak suka tapi dah buat2 merajuk kat chat fesbuk tu, sudah2 laa !
macam aku kesah sangat.can't u see it ?
dia mahu 'market' lah tuuuu..apa lagi.kan, kan ?
then , about 30 minutes macam tu aku text dia tanya awat ?
saja ja..he replied.
bla bla bla bla.. *saja nak gedik2 dgn aku.eh2, perlukah?*
actually, gua nak bagitau ni.
gua menyampah gilers la dengan mamat tuuuuu (:
*buuuuuuuuuuu~*
dan, hari ni pun merajuk2 lagi.
ada aku kesah ??serr laa, takat nak cakap 'tak boleh blah' pun tak boleh, baik tak payah.
bhai, nampak2 dia tak kenal aku ni macam mana pun. *aku pun tak ingin nak kenal kau la der!*
aku kan sah2 gila tahap gaban, so chill ja laa.tak payah nak emo lebih2 pulak.
buat aku macam nak sound 'pondan' pun ada..mau ?
*aku tak nak lah nanti gado2, dia pun member aku.dah la suka emo tak tentu pasal kan.*
sekarang, dia pun dah tak nak tego aku.
aku dah minta maaf dah pun.takat yang tu pun nak merajuk, silalah jalan la weyh !
*pssssttt!dah la gatai!heh!*








bukan nak kutuk orang tapi..tapi...aku dah geram benda ni.dah malas nak layan dia.member ja kot, buat cara member.over2 pulak, kes apa ni?hmmm~ memang buat gua panaslah kan. (:




muahmuah~ tata..

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Tuesday, December 7, 2010

hey, heyyy

hello ! sangat malas nak update blog.
maaf ya ? (;
hmm~
tak tahu nk cakap macam mana.
aku rasa aku dah tak gila2 kan dia lagi. *yeay for me*
and, and..hati ni dah trjatuh dengan someone.one of my best friend okayy?
haihhh~
*speechless bila keadaan jadi macam ni*






muahmuah~ tata.

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :

Thursday, December 2, 2010

situ sana sini

situ sana sini
semalam perlis, hari ni balik penang.
esok pergi kuala lumpur pulak.
okayy, terbaikkk !
:D





muahmuah.tata~

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
Related Posts with Thumbnails